Welcome to our Persatuan Usahawan Komputer Malaysia (PUKM)

 About PERSATUAN USAHAWAN KOMPUTER MALAYSIA

 

PUKM Standard Services Charges Price List

 

Member Application  

Please download the printable PUKM Membership Application form. 

Download PUKM Membership Application Form here 

completed form shall be email to info@pukm.org.my

Change of Address Form 

Please update your PUKM membership information. If you have recently changed your contact information, please download the form and send to info@pukm.org.my

Please download the form provided at the link below and fill in the details accordingly. DO chop and sign the form before email to us. For your information, we only accept the completed authentication form. Form without company chop will not be accepted. 

Download Change of address from here 

 

PUKM Constitution  

UNDANG-UNDANG 
PERSATUAN USAHAWAN KOMPUTER MALAYSIA 

FASAL 1.          NAMA

Pertubuhan ini dikenali dengan nama “PERSATUAN USAHAWAN KOMPUTER MALAYSIA”. Selepas ini disebut persatuan sahaja.

FASAL 2.          ALAMAT BERDAFTAR
                                   
Alamat tempat berurusan berdaftar Persatuan ialah di No. 17, Jalan Dedap 4, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa. Alamat berdaftar Persatuan tidak boleh diubah tanpa mendapat kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3.          TUJUAN/MATLAMAT

1. Untuk mewujudkan kerjasama antara para pengusaha dan pemilik pusat komputer bagi membangunkan satu perniagaan komputer yang berdaya maju.

2. Untuk melahirkan semangat kekitaan di kalangan ahli.

3. Berusaha mengendalikan kegiatan yang berkaitan dengan komputer.

4. Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang teknologi maklumat (information technology)

5. Untuk menjaga kebajikan para ahli.

6. Untuk memberikan situasi perusahaan komputer kepada ahli-ahli.

7. Memohon, membeli dan menyewa tanah, rumah, bangunan dan harta tetap yang lain bagi tujuan Persatuan dengan syarat kelulusan daripada pihak berkuasa diperolehi terlebih dahulu.

8. Menjalankan aktiviti perniagaan dan pelaburan dalam saluran yang dijamin oleh kerajaan. “Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Persatuan ini dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan ini akan diguanakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Persatuan. Sungguh pun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja-pekerja Persatuan ini”. 

FASAL 4.          KEAHLIAN

1. 

(a)  Ahli Biasa

Keahlian Persatuan ini adalah terbuka kepada semua pengusaha dan pemilik yang mempunyai Syarikat yang didaftarkan di Malaysia yang menjalankan perniagaan berkaitan teknologi maklumat yang sanggup mematuhi undang-undang Persatuan, berwarga negara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas.

(b)  Ahli Bersekutu

Terbuka kepada semua pengusaha dan pemilik yang mempunyai Syarikat yang didaftarkan di Malaysia yang menjalankan perniagaan berkaitan teknologi maklumat yang sanggup mematuhi undang-undang Persatuan, tetapi tidak sanggup membayar bayaran masuk dan yuran tahunan seperti ahli biasa, berwarga negara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas. Ahli Bersekutu mempunyai hak seperti Ahli Biasa kecuali hak mengundi dan hak memegang jawatan didalam Jawatankuasa.

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli Persatuan ini hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang ditetapkan oleh Persatuan ini. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli Persatuan dan dihantarkan kepada Setiausaha yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

3. Seseorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

4. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan adalah berhak di atas semua faedah Persatuan. 

 FASAL 5.          BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

1.

(a) Ahli Biasa

Bayaran Masuk dan yuran perlu dibayar seperti berikut:
Bayaran masuk…….RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja)
Bayaran Tahunan….RM120.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Dua Puluh Sahaja)

(b) Ahli Bersekutu

Bayaran Masuk dan yuran perlu dibayar seperti berikut:
Bayaran masuk…….RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja)
Bayaran Tahunan….RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)

2. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu sebelum bulan Mac setiap tahun.

3. Ahli yang membiarkan hutang yuran tahunannya sebanyak lebih dari satu tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh wakil Setiausaha dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

4. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi dua tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh memrintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

5. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi ahli-ahli yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

6. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut sekiranya perlu setelah diputuskan di dalam Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersbut dalam tempoh yang ditetapkan maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

 FASAL 6.          PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1. Ahli yang hendak berhenti menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau mencemarkan nama baik Persatuan, maka Jawatankuasa berhak memecat atau menggantungkan ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tesebut.

 FASAL 7.          MESYUARAT AGUNG

1. Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah ahli-ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda ahli Jawatankuasa, ikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupkan korum untuk mesyuarat.

2. Jika sekiranya tidak cukup korum pada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka Presiden majlis dengan persetujuan ahli Jawatankuasa yang hadir boleh mengumumkan penangguhan mesyuarat itu selama satu jam dan jika korum masih tidak mencukupi selepas penangguhan tersebut maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb. Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut:-
a) Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Persatuan di dalam tahun yang lalu;

b) Menerima laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang telah di audit bagi tahun lalu;

c) Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-kira untuk dua tahun sekali;

d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu;

e) Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lepas.

4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan, suatu pengumuman mesyuarat yang menerangkan tarikh, waktu dan tempat mesyuarat serta satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta Penyata Kira-kira Persatuan bagi tahun yang lalu yang telah di audit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat berurusan berdaftar Persatuan.

5. Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini boleh diadakan :-
a) Bila difikirkan perlu dan mustahak oleh Jawatankuasa, atau;

b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada 1/5 daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan.

6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada suatu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.

8. Fasal 7.1 dan 7.2 di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

9. Setiausaha hendaklah menghantarkan kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 8.          JAWATANKUASA

1. Satu jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:-
i) Seorang Presiden
ii) Seorang Timbalan Presiden
iii) Seorang Setiausaha
iv) Seorang Penolong Setiausaha
v) Seorang Bendahari
vi) Seorang Penolong Bendahari
vii) Empat Orang Ahli Jwatankuasa Biasa

2. Semua pegawai yang memegang jawatan di dalam Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia.

3. Nama-nama untuk jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan disokong, dan pemilihan dua tahun sekali akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai hendaklah memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

4. Fungsi Jawatankuasa adalah mengelola dan mengaturkan kerja-keja harian Persatuan dan membuat keputusan  atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya di dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

5. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa bolehlah dianggap sebagai boleh diterima:-
a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang didalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.

b) Sekurang-kurangnya setengah daripada  bilangan ahli-ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan terhadap mereka kepada cadangan itu; dan

c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiusaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

6. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.

7. Jika seseorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli Persatuan yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

8. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Persatuan dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan dan melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankusa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan.

9. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankusa kecil jika difikirkan mustahak dan memberi kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

10. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali dalam 1 tahun. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. 

FASAL 9.          KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

1. Presiden, dalam tempoh menyandang jawatannya hendaklah menjadi Presiden semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama Setiausaha dan Bendahari.

2. Timbalan Presiden handaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannaya.

3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja Pentadbiran Pesatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimapan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari. Setiausaha hendaklah  dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966.

4. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua kewangan dan bertanggungjawab ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek-cek Persatuan bersama-sama dengan Presiden dan Setiausaha.

5. Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kejanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari.

6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah menghadiri semua mesyuarat dan menjalankan semua tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa. 

FASAL 10.        KEWANGAN

1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang berikut dalam undang-undang ini wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan  tujuan-tujuan Persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM1,000 (Satu Ribu Ringgit) pada suatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama persatuan.

3. Perbelanjaan yang lebih daripada RM5,000 (Lima Ribu Ringgit) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM20,000 (Dua Puluh Ribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM5,000 (Lima Ribu Ringgit) bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha dan Bendahari.

4. Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik mengikut Fasal 11 dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah di audit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan berdaftar Persatuan.

5. Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb. Januari dan berakhir pada 31hb. Disember tiap-tiap tahun.

6. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha dan Bendahari. Seamasa ketiadaan Presiden, Bendahari atau Setiausaha maka Jawatankuasa bolehlah melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan. 

 FASAL 11.        PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Dua orang yang bukannya pegawai Persatuan boleh dilantik dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

2. Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun dan membuat laporann atau pengesahan unutk Mesyuarat Agung Tahunan. Pemeriksa kira-kira juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

 FASAL 12.        HARTA TIDAK BOLEH DIALIH

1. Harta tidak boleh dialih Persatuan ini hendaklah didaftarkan atas nama Persatuan dan segala suratcara yang berkaitan dengan harta ini adalah sah dan berkuatkuasa seolah-olah suratcara-suratcara itu telah disempurnakan oleh seorang dengan syarat tuan punya berdaftar dengan syarat bahawa suratcara-suratcara itu adalah disempurnakan oleh tiga (3) orang pemegang jawatan Persatuan itu (Presiden, Setiausaha dan Bendahari) yang ada pada masa itu dan perlantikan mereka dalah disahkan oleh suatu perakuan daripada Pendaftar Petubuhan dan dimeterikan dengan meteri Persatuan.

2. Harta tidak boleh dialih Persatuan tidak boleh dijual, ditarik balik atau ditukarkan milik dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung ahli.

 FASAL 13.        TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

1. Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan jika mustahak, Jawatankuasa boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat didalam Mesyuarat Agung, keputusan jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

FASAL 14.        LARANGAN

1. Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah persatuan:-
Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh Poh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puloh Satu, Sepuloh dan Setengah, semua permainan dadu, bankes game dan semua permainan video, billiard, dan snuker dalam premis Persatuan adalah dilarang sama  sekali.

2. Persataun atau ahli-ahlinya tidak harus cuba, mengahalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga batrang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.

3. Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa berkenaan.

4. “Faedah” seperti yang diterangkan yang di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 tidak boleh diberi oleh pertubuhan kepada mana-mana ahli Persatuan. 

 FASAL 15.        PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang Persatuan tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu hanya boleh dikuatkuasakan mulai dari tarikh perubahan pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 16.        PENASIHAT / PENAUNG

Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat / Penaung bagi persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu hendaklah memberi persetujuannya secara bertulis.

FASAL 17.        PEMBUBARAN

1. Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima daripada jumlah ahli yang berhak mengundi di dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.

2. Sekiraya Persatuan ini hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.

3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa 14 hari dari tarik pembubaran itu. 

 

Registration No PPM/J 391/01(2), PPP/J 49/01 

(Click here to view